fbpx

Pembelian telefon pintar terpakai melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail seorang lelaki menunjukkan iPhone 16 di Tokyo. - Foto AFP

TOKYO  – Jualan telefon pintar terpakai di Jepun dijangka mencecah paras tertinggi sepanjang masa dalam tahun fiskal 2024, lapor akhbar The Mainichi semalam.

Menurut  syarikat penyelidikan MM Research Institute Ltd., kenaikan tersebut sudah dijangka kerana harga telefon pintar baharu yang semakin mahal mendorong pengguna mencari  pilihan lain.

Jualan telefon pintar terpakai diunjur meningkat 15.5 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 3.15 juta unit, menandakan rekod tertinggi untuk enam tahun berturut-turut, katanya.

Menurut MM Research,  jangkaan kenaikan itu juga disebabkan pembelian oleh warga China dan rakyat asing  lain di Jepun.

Jualan juga dianggarkan terus berkembang pada tahun-tahun akan datang, berpotensi  mencecah 4.38 juta unit pada tahun fiskal 2028.

Ia disebabkan oleh kenaikan harga peranti baharu, penurunan nilai mata wang  yen dan kos bahan mentah lebih tinggi, kata firma penyelidikan itu.

Naib Presiden MM Research, Hideaki Yokota berkata, model telefon pintar baharu termasuk iPhone yang dikeluarkan pada September lalu menarik perhatian orang ramai, namun ramai pengguna keberatan mengeluarkan wang bagi membeli produk baharu.

“Orang ramai menjadi lebih selesa dengan produk terpakai kerana telefon pintar terpakai boleh digunakan tanpa masalah,” kata Yokota. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI