fbpx

Anak Mat Redho dijumpai berjalan kaki ke pejabat ibunya – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak Mat Redho yang dilaporkan hilang berhampiran sekolahnya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Anak kepada atlet sukan lasak, Mat Redho, iaitu Haq Medin, 7 yang dilaporkan hilang pada petang tadi telah ditemui dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan berhubung Orang Hilang (OH), hari ini.

“Sejurus menerima laporan, sepasukan polis bertindak serta merta mencari dan telah menjumpai semula kanak-kanak itu di pekarangan tempat kerja ibunya.

“Anak pengadu mengambil tindakan sendiri berjalan kaki ke pejabat ibunya dan ditemui selamat,” katanya ringkas hari ini.

Terdahulu, Mat Redho atau nama sebenarnya Mohd Redha Rozlan membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya.

Katanya menerusi hantaran di Facebook, kanak-kanak tersebut yang lengkap berpakaian sukan kali terakhir dilihat di perhentian bas Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2), di sini sebelum dilaporkan hilang.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI