fbpx

F1: Ferrari intai gelaran pengeluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERRARI meraih kemenangan 1-2 buat kali kedua musim ini pada GP Amerika Syarikat awal pagi semalam selepas kali terakhir melakukannya pada GP Australia pada Mac lalu. - AFP

AUSTIN – Kemenangan 1-2 Ferrari pada perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) awal pagi semalam memberi harapan baru kepada pasukan Itali itu memburu gelaran kategori pengeluar musim ini.

Ferrari tidak pernah merasai gelaran Formula 1 sejak tahun 2008, tetapi kemenangan Charles Leclerc dan diikuti Carlos Sainz tempat kedua memberi gambaran jelas skuad yang dipimpin Frédéric Vasseur mampu mengejar pasukan McLaren.

McLaren kini mendahului 40 mata di hadapan juara bertahan dari Red Bull, manakala Ferrari berada di tempat ketiga selepas hanya ketinggalan lapan mata di belakang pasukan di tangga kedua dalam perebutan gelaran kategori pengeluar.

“Kami perlu menyasarkan untuk memenangi gelaran kategori pengeluar. Ini adalah sasaran yang realistik, tetapi itulah sebab kami berada di sini.

“Jika kami melakukan dengan sempurna sehingga akhir musim dan dapat melakukan yang lebih baik, saya percaya kami masih boleh meraih gelaran itu,” kata Leclerc.

Pasukan yang berpangkalan Maranello, Itali itu menyifatkan jentera SF-24 menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam perlumbaan berbanding tahun lalu.

“Tahun ini semuanya kelihatan berbeza dan keputusan yang kami capai di Austin adalah hari yang sempurna.

“Kami telah melakukan kerja yang sangat baik sepanjang hujung minggu ini dengan meraih banyak mata, tetapi kami perlu kekal fokus dan tidak berfikir bahawa kami sudah menjadi juara hanya kerana keputusan hari ini.” tegas Ketua Pasukan Ferrari, Fred Vasseur. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI