fbpx

Lelaki paksa budak buat perkara tak senonoh didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSRI didenda RM7,000 selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini memaksa kanak-kanak perempuan melakukan perbuatan tidak senonoh tiga tahun lalu.

JOHOR BAHRU – Pengawal keselamatan dihukum denda RM7,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap seorang kanak-kanak perempuan, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Yusri Jaafar, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Mengikut kertas pertuduhan itu, Yusri didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia tujuh tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 12 tengah hari sehingga dua petang di sebuah rumah dekat Pasir Gudang di sini, pada 15 Februari 2021.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 354 kanun keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Wahida Shahudin, manakala tertuduh diwakili peguam Jamian Dolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI