fbpx

UCL: Real bimbang, belum ‘level’ juara Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE (kanan) dan Vinicius perlu lebih agresif jika mahu memastikan Real menang ke atas Dortmund. - AFP

MADRID – Real Madrid masih banyak ‘kerja rumah’ perlu dilakukan untuk menyamai status mereka selaku juara Eropah menjelang aksi bertemu Borussia Dortmund pada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Santiago Bernabeu awal pagi esok.

Jurulatih Real, Carlo Ancelotti menyifatkan pasukannya tidak boleh bergembira dengan prestasi semasa selepas menang 2-1 ke atas Celta Vigo dalam saingan La Liga kelmarin.

Bagi Ancelotti, para pemainnya masih mensia-siakan deretan peluang yang dimiliki selain membenarkan lawan melakukan serangan balas yang akhirnya mampu menghukum pasukan.

“Sebab itu saya mahu pemain lebih agresif tak kira menentang apa-apa lawan sekalipun. Ini penting untuk kemenangan pasukan,” kata pengendali legenda dari Itali itu.

Dalam masa sama, Ancelotti mahu anak-anak buahnya memandang serius aksi ‘ulangan final UCL musim lalu’ itu supaya situasi sama tidak berlaku seperti dikejutkan kekalahan kepada wakil Perancis, Lille 0-1 awal bulan ini.

Kekalahan itu menyebabkan Real kini jatuh ke tangga ke-17 dalam carta liga UCL meskipun saingan masih berlangsung dua perlawanan setakat ini.

Jika tewas, peluang Real menghuni kelompok lapan teratas untuk layak automatik ke pusingan 16 terbaik dilihat sukar.

Ia juga boleh menjejaskan motivasi para pemain Los Blancos memandangkan selepas itu mereka akan menghadapi aksi El Clasico menentang pendahulu La Liga, Barcelona di Santiago Bernabeu awal pagi Ahad nanti.

Sehubungan itu, bintang-bintang Real seperti Jude Bellingham, Kylian Mbappe dan Vinicius Junior perlu bersatu dan bermain secara berpasukan menentang Dortmund awal pagi esok.

Sebagai rekod, Real tidak pernah tewas kepada Dortmund dalam lima pertemuan terakhir sejak dimalukan 0-2 lawan itu sewaktu suku akhir kedua UCL pada 9 April 2014. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN