fbpx

Liga Super: ‘Saya mohon maaf, sudah lakukan terbaik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKMAL RIZAL

PENGENDALI Penang FC, Akmal Rizal Rakhli menyerahkan nasibnya kepada pucuk pimpinan tertinggi pasukan itu setelah gagal mencipta kemenangan dalam tiga perlawanan di laman sendiri.

Malam kelmarin, pasukan yang mendapat jolokan Harimau Kumbang itu sekali lagi tewas 0-1 dengan Sri Pahang FC pada perlawanan Liga Super yang diadakan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang sekali gus membuatkan peminat tegarnya pulang dengan perasaan hampa.

Pada separuh musim ini, Penang FC hanya mampu meraih dua kemenangan daripada 12 perlawanan dengan satu daripadanya semasa bertemu Kelantan United 3-0 di laman sendiri, lebih dua bulan lalu.

Menurut Akmal, beliau telah melakukan yang terbaik buat pasukan dan menyerahkan segala keputusan berhubung masa depannya dengan Penang FC kepada pengurusan kelab.

“Terpulang apa yang mereka rasa terbaik untuk pasukan. Saya sudah melakukan apa yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, tetapi saya masih percaya dengan kualiti pemain, dengan apa yang dilakukan sepanjang separuh musim ini.

“Jika terus kepercayaan diberikan kepada saya, pasti saya akan bersama-sama dengan pemain, akan terus bangkit walaupun banyak kata-kata yang tak baik. Itu normal kerana kita gagal untuk mendapatkan keputusan yang positif,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya juga sedar akan perasaan penyokong Penang FC yang sememangnya mahukan kemenangan pasukan terutama di laman sendiri.

Terdahulu, Pengerusi Penang FC, Daniel Gooi dalam satu kenyataan ringkasnya melalui laman Facebook semalam berkata, satu mesyuarat lembaga pengarah diadakan semalam dan tindakan sewajarnya akan diambil susulan prestasi mengecewakan oleh skuad Harimau Kumbang dalam saingan Liga Super musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI