fbpx

PTPTN, Royale Chulan anjur Program Pembersihan Pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta Program Pembersihan Pantai bergambar bersama Norliza.

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya bekerjasama dengan Royale Chulan Hotels & Resorts Malaysia menganjurkan Program Pembersihan Pantai di Pantai Cherating, Pahang, semalam.

Ketua Eksekutifnya, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, ia merupakan antara program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PTPTN bertujuan menerapkan kecintaan peserta dan komuniti terhadap alam sekitar.

“Ia sekali gus menjadi bukti sokongan PTPTN dalam menyahut seruan kerajaan bagi mengekalkan alam semulajadi.

“Dengan pendekatan berasaskan alam sekitar, sosial dan tadbir urus, kami yakin bahawa inisiatif ini akan memberi impak positif kepada masyarakat serta alam sekitar,” katanya menerusi kenyataan.

Program berkenaan melibatkan 150 peserta terdiri daripada para pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Politeknik Sultan Ahmad Shah, Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, wakil Majlis Bandaraya Kuantan dan para pegawai Pejabat PTPTN Pahang.

Ia disempurnakan oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan, dan Pengurus Besar Royale Chulan Hotels & Resorts Malaysia, Abdul Rahman Ahmad.

Dalam pada itu Ahmad Dasuki berkata, program seumpamanya diharap dapat mengeratkan hubungan strategik PTPTN dengan agensi-agensi terlibat sekali gus meningkatkan imej positif organisasi itu dalam kalangan masyarakat.

“PTPTN terus komited meningkatkan pelaksanaan program-program CSR untuk pembangunan masyarakat selari dengan moto PTPTN, Peluang Kejayaan Anda dan tagline CSR, PTPTN Prihatin: Kami Kongsi, Kami Bantu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI