fbpx

‘Kahwin baru setahun jagung, tak layak nasihat panjang lebar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa mengakui dirinya masih belum layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Haris Ismail masih muda.– Amir Khalid

KUALA LUMPUR – Selebriti popular, Noor Neelofa mengakui dirinya masih belum layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Haris Ismail masih muda.

Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd. Noor, 35, berkata, perjalanan melayari bahtera rumah tangga pasti akan dipermudahkan sekiranya mematuhi garis panduan yang sudah ditetapkan oleh agama.

“Setiap perkahwinan ada susah senangnya mungkin jika dilihat dari segi luaran yang dikongsikan tampak bahagia. Namun bukan senang untuk jalani kehidupan bersama.

“Perkahwinan saya dan suami baru setahun jagung. Tak layak untuk bagi nasihat panjang lebar.

“Tetapi apa yang boleh saya katakan selagi seorang suami dan isteri mentaati perintah Allah dan ikut segala panduan yang ditetapkan dalam agama, Insya-Allah ada berkat dan dipermudah,” katanya sewaktu ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaru Kita&Co di sini, hari ini.

Neelofa yang hadir sambil ditemani suaminya berkata, dia sendiri banyak belajar tentang ilmu perkahwinan sesudah sah bergelar isteri kepada Hariz.

“Saya sendiri banyak belajar selepas kahwin. Saya belajar sama-sama dengan Hariz.

“Kalaulah ilmu-ilmu ini saya tahu sebelum saya berkahwin, mungkin lebih mudah untuk saya lalui di awal perkahwinan.

“Jadi kepada adik-adik di luar sana yang ingin berkahwin, tolong belajar ilmu perkahwinan. Memang saya akan sentiasa galakkan. Adik-beradik saya pun lalui situasi yang sama dengan saya,” kongsinya.

Untuk rekod Neelofa dan Haris atau Muhammad Haris Ismail, 29, berkahwin pada pada 27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 2, dan Abdullah Abbas,1. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI