fbpx

Johor perlu perhebat acara sukan antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOORAZAN (kanan) menyampaikan piala kepada Bae Eunk Yung sebagai juara keseluruhan pada JGE 2024 di Kelab Golf  Senibong baru-baru ini. - BAAZLAN IBRAHIM

ISKANDAR PUTERI – Johor perlu memperbanyakkan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa seperti penganjuran Kejohanan Antarabangsa Johor Golf Expo (JGE) 2024 yang berlangsung di Kelab Golf Senibong di sini baru-baru ini.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, penganjuran kejohanan sedemikian memberikan pelbagai impak positif kepada negeri khususnya pelancongan sukan memandangkan Johor mempunyai lebih daripada 20 kelab golf.

“Johor perlu perbanyakkan sukan bertaraf antarabangsa termasuk golf dan acara-acara lain yang dapat menarik penglibatan peserta daripada pelbagai negara antarabangsa.

“Ini secara tidak langsung akan memberi impak positif kepada sektor pelancongan seperti industri perhotelan dan industri runcit-runcit lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup JGE 2024 di Senibong Golf Club kelmarin.

Tambah Mohd. Noorazam, penganjuran acara sukan seperti itu akan turut melengkapkan lagi pelaksanaan inisiatif ekonomi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas Forest City (FCSFZ).

“Ditambah dengan tukaran mata wang sebanyak tiga kali ganda dengan Singapura, Johor mempunyai peluang baik untuk menjadi lokasi utama tumpuan pelancong termasuklah melalui penganjuran acara sukan,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ), Zainal Abidin Zakaria berkata, penglibatan syarikat itu adalah untuk mengembangkan sukan golf di negeri ini.

Menurut beliau, terdapat potensi tinggi kerana banyak kelab golf di Singapura sudah ditutup dan peminat sukan di republik itu akan berkunjung ke Johor.

Sebagai rekod, JGE 2024 mengumpulkan lebih 1,000 peserta dalam pelbagai kategori pertandingan golf termasuklah Pro-Am Antarabangsa, Kejohanan Remaja Persatuan Golf Malaysia (MGA), Kejohanan Wanita dan aktiviti lain seperti Foot Golf dan Hari Keluarga Fairway. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI