fbpx

Jumlah mangsa banjir di tiga negeri menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencatatkan jumlah keseluruhan mangsa banjir di tiga negeri berlaku penurunan daripada 1,430 mangsa semalam kepada 661 mangsa setakat 12 tengah hari ini.

Tiga negeri tersebut ialah Perak, Kedah dan Selangor.

Info Bencana JKM melaporkan jumlah mangsa banjir di Perak berkurang daripada 553 mangsa semalam kepada 400 orang dan kesemua mangsa masih ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Perak Tengah dan Kerian.

Dalam pada itu, di Selangor juga berlaku penurunan daripada 160 mangsa semalam kepada 152 orang daripada 57 keluarga membabitkan dua daerah iaitu Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Sebanyak tiga PPS dibuka di Sabak Bernam dan satu di Kuala Selangor.

Sementara itu, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kechil Ulu yang menempatkan seramai 109 orang daripada 30 keluarga ditutup pada pukul 12 tengah hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI