fbpx

Hujan berterusan di Sabah, Labuan sehingga Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan berterusan berlaku di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula Rabu sehingga Jumaat ini.

“Keadaan ini melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Walaubagaimanapun, semenanjung Malaysia dan Sarawak tidak terjejas dengan hujan lebat, angin kencang berterusan.

Sementara itu, orang ramai dinasihati untuk berhati-hati dan melakukan persediaan awal untuk menghadapi cuaca buruk yang berterusan dan boleh menyebabkan banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI