fbpx

Tasik buatan manusia terbesar kering

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TASIK Kariba mengalami penyusutan air yang amat teruk. - Foto AFP

LUSAKA  – Sebuah tasik buatan manusia terbesar di dunia menjadi semakin kering akibat kemarau ekstrem di Zambia, lapor portal berita Daily Express UK kelmarin.

Terletak di Sungai Zambezi, air Tasik Kariba yang dibina dalam tahun 1950-an itu digunakan untuk memutarkan turbin stesen janakuasa bawah tanah terbesar di Zambia.

Namun, kemarau dahsyat menyebabkan beberapa  bahagian Sungai Zambesi  semakin kering, manakala hanya satu daripada enam turbin gergasi di stesen janakuasa Zambia kini beroperasi.

Situasi itu menyebabkan banyak bandar dan pekan di seluruh negara Afrika itu kadang kala terputus bekalan elektrik, malah sehingga tiga hari berturut-turut.

Jurutera tempatan, Cephas Museba berkata, dia tidak pernah melihat paras air begitu rendah di Tasik Kariba.

“Saya rasa Zambia tidak menerima hujan sejak Februari lagi. Pada tahun-tahun sebelumnya, hujan biasanya turun hingga April lepas. Jika kita bandingkan sejarah lembangan ini, ini adalah paras air yang paling rendah,” katanya kepada Perbadanan Penyiaran British (BBC). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI