fbpx

[VIDEO] Guru qasidah didakwa ajar dua pelajar ‘sentuh’ kawan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

MELAKA – Seorang guru qasidah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan cara menyuruh dua pelajarnya melakukan perbuatan tidak senonoh pada Februari lalu.

Tertuduh, Abdul Azam Abdul Hamid, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dengan cara menyuruh mangsa ‘menyentuh’ rakannya yang berusia 12 tahun.

Kesalahan dilakukan pada pukul 1.30 pagi di sebuah pusat qasidah dalam daerah Melala Tengah pada 3 Februari lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara selama 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ali Hussain tidak mencadangkan sebarang jaminan, namun mencadangkan ikat jamin RM20,000 dikenakan terhadap tertuduh sekiranya mahkamah mahu menggunakan budi bicara.

Beliau turut meminta agar syarat tambahan dikenakan iaitu perlu melapor diri setiap bulan kepada pegawai penyiasat dan tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan dia merupakan penganggung tunggal keluarga dan ibunya tidak sihat.

Difahamkan tertuduh merupakan seorang guru sambilan di pusat qasidah dan bekerja sepenuh masa sebagai pembantu perubatan di sebuah hospital di negeri ini.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 bagi kesemua pertuduhan dan bersetuju dengan semua syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 18 November ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI