fbpx

Dua Orang Asli alami cirit-birit, demam naik helikopter ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pesakit Orang Asli dibawa menaiki helikopter Unit Udara JBPM ke Hospital Gua Musang semalam. -Foto JBPM

GUA MUSANG – Dua penduduk Orang Asli termasuk seorang kanak-kanak di Pos Balar di sini yang mengalami cirit-birit dan demam dibawa menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) untuk rawatan lanjut di Hospital Gua Musang, semalam.

Wanita yang hamil enam bulan, Ata Abus, 44, dan Nor Dira Arisan, 7, berada dalam keadaan lemah selepas mereka sudah sudah hampir seminggu tidak lalu makan.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang, Selangor, Ahmad Hafiz Sulaiman berkata, kedua-dua pesakit dibawa menggunakan helikopter Emergency Air Ambulance Rescue Services (EMARS), Agusta 109 E (A109E).

Katanya, pesakit kanak-kanak terpaksa diangkat dengan pengusung untuk dibawa ke pesawat kerana keadaannya sangat lemah.

“Pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang pada pukul 11.30 pagi dan tiba di Pos Balar kira-kira satu jam 10 minit kemudian.

“Pesawat meneruskan penerbangan dan selamat mendarat di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang pada pukul 1.30 tengah hari,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI