fbpx

Ular kecil telan telur besar daripada kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular ini berjaya menelan telur yang bersaiz lebih besar daripada kepalanya. - X

NEW DELHI  –  Satu rakaman video tular di laman sosial memaparkan kejadian seekor ular menelan telur bersaiz lebih besar daripada kepalanya, lapor laman berita Hindustan Times semalam.

Dalam rakaman tersebut yang dimuat naik di platform X,  ular kecil itu dilihat membuka mulutnya untuk membaham telur yang berada di atas tapak tangan seorang individu.

Telur itu kemudian berjaya ditelan, menyebabkan ramai pengguna media sosial berasa takjub dengan situasi berkenaan.

Tidak dinyatakan jenis ular dan telur dalam video itu, namun hantaran tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Sukar untuk percaya bahawa ular kecil itu boleh menelan keseluruhan telur ,” kata seorang netizen.

“Tidakkah ia berbahaya kepada ular itu? Bagaimana jika ular itu tercekik?” soal pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI