fbpx

Terkejut jasad manusia ‘terjun’ dari kereta mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jasad tersebut terbaring di atas lintasan pejalan kaki di tengah jalan. - X

WARSAW  –  Sebuah syarikat pengurusan pengebumian di Poland memohon maaf susulan  insiden jasad yang dibawa kereta mayat tercampak keluar ke atas jalan raya, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Ketika kejadian, syarikat Perkhidmatan Pengebumian Hades itu sedang memindahkan mayat di Stalowa Wola, tenggara Poland apabila fungsi kunci elektrik kenderaan itu rosak. 

Ia menyebabkan mayat yang dibawa terjatuh di atas jalan raya.

Media Poland melaporkan, seorang lelaki sedang memandu di jalan tersebut Jumaat lalu apabila dia melihat mayat di tengah jalan.

Pemandu tersebut pada mulanya menyangka dia melanggar seseorang, namun mendapati  jasad manusia itu tercampak keluar daripada kereta mayat.

Rakaman di lokasi kejadian menunjukkan mayat terbaring di atas lintasan pejalan kaki.

“Dengan rasa dukacita yang mendalam, kami memaklumkan bahawa akibat kegagalan teknikal tidak dijangka pada pintu belakang kereta mayat, satu kejadian tidak diingini berlaku. 

“Kami mengakui kesilapan kami dan bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku. Kami akan melakukan segala yang termampu untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berulang di masa hadapan,” kata Perkhidmatan Pengebumian Hades. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI