fbpx

Polis nafi suspek lepaskan tembakan ke atas anggota PGA lolos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Polis Kedah menafikan dakwaan dua suspek yang disyaki terlibat dalam kes melepaskan tembakan ke atas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Bukit Kayu Hitam dekat sini pada 12 November lalu lolos ketika berada dalam tahanan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad memberitahu, pihaknya mengesan penyebaran maklumat tersebut yang tular di media sosial pada semalam.

Katanya, maklumat tersebut mendakwa kononnya dua suspek terbabit yang merupakan warga tempatan berusia 36 dan 37 tahun itu mempunyai senjata api serta cuba meloloskan diri ke Thailand.

“Kita ingin menegaskan bahawa kejadian itu tidak berlaku, sebaliknya dua suspek terlibat dibebaskan polis.

“Ia berikutan tiada arahan penahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dibenarkan oleh mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI