fbpx

Rumah lima sekeluarga tinggal abu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN lima buah rumah di Kampung Sungai Ayam, Batu Pahat yang musnah dalam kebakaran petang tadi.

BATU PAHAT – Kira-kira 20 mangsa daripada lima buah keluarga di Kampung Sungai Ayam di sini tinggal sehelai sepinggang setelah kediaman mereka musnah dalam kebakaran petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Ayub Majid berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.58 petang sebelum pasukan keluaran operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Noor Rashid Tugirin dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, turut membantu adalah daripada BPP Penggaram dengan keseluruhan 13 anggota bersama sebuah jentera FRT, Water Tanker dan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

“Kebakaran melibatkan kira-kira 85 peratus daripada keseluruhan rumah namun tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Ayub, siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran akan dilakukan esok oleh pasukan Forensik Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Yusla Ismail berkata, mangsa terlibat berusia antara sembilan hingga 60 tahun dan kesemua mereka kini tinggal di rumah saudara terdekat di. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI