fbpx

Wanita menangis ‘dirompak’ monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG Wanita menangis apabila seekor monyet menyelongkar beg galasnya. - Foto Douyin

BEIJING  – Seorang wanita menangis ketakutan apabila seekor monyet liar menyelongkar  beg galas di belakang badannya dalam kejadian di sebuah denai di China, lapor portal berita MS News  hari ini.

Mangsa yang mendaki Gunung Emei dalam wilayah Sichuan bersama rakan-rakannya  ‘dirompak’ oleh monyet itu ketika di pertengahan jalan.

Diselubungi rasa takut yang amat sangat, dia duduk di tangga sambil menangis,  manakala monyet itu tidak berhenti menyelongkar beg galas yang dibawa untuk mendapatkan makanan.

“Kamu (monyet) sangat menjengkelkan. Kamu sangat hodoh, pergi. Kamu ini keterlaluan,” kata wanita itu sambil menangis teresak-esak.

Namun, monyet itu tidak mempedulikannya dan tidak berhenti  membelek beg galasnya untuk mencari makanan.

Video yang asalnya disiarkan di platform Weibo itu kemudian  tular di media sosial lain.

Beberapa netizen bergurau bahawa monyet itu yang sepatutnya menangis.

“Selepas letih mencari, monyet ini hanya menemui produk kosmetik dan tiada makanan,” kata seorang  netizen. 

Beberapa netizen lain berkata, mangsa memegang kayu panjang yang boleh digunakan untuk menakutkan monyet itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI