fbpx

Polis dipukul penduduk kampung ketika kejar ‘mat rempit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA anggota polis mengangkat motosikal yang jatuh ke dalam sawah. - Foto Polis Bantul

JAKARTA – Seorang anggota polis terjatuh dari sebuah motosikal yang dia tunggang kerana terkena pukulan batang buluh oleh penduduk ketika mengejar ‘mat rempit’, lapor portal berita detikjogja semalam.

Anggota polis itu mengalami luka pada bibir, manakala dua batang giginya patah dalam kejadian di Bantul, Jogjakarta.

Seorang pegawai polis tempatan, Nengah Jeffry berkata, kejadian bermula apabila beberapa anggota polis curiga melihat sekumpulan penunggang motosikal  kerana salah seorang daripada mereka membawa senjata tajam.

Anggota polis itu pun mengejar penunggang motosikal tersebut sehingga memasuki jalan ke kampung Tegal Kenongo.

“Penduduk kampung yang mendengar bunyi bising motosikal, bergegas keluar dan terdapat lima orang berada pinggir jalan kampung,

“Ketika mengejar, anggota polis itu dipukul seorang penduduk dengan batang buluh. Pukulan itu mengenai wajahnya, menyebabkan dia terjatuh ke dalam sawah padi,” kata Nengah.

Lelaki yang memukul anggota polis itu merupakan seorang penduduk Kembaran dan anggota polis tersebut kemudian menangkapnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI