fbpx

Pei Kee-Mei Xing tamat kemarau kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEI KEE (kiri) dan Mei Xing meraih gelaran sulung dalam saingan Jelajah Dunia selepas memenangi kejohanan Malaysia Super 100 sebentar tadi. - BAM

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing akhirnya berjaya menamatkan penantian untuk bergelar juara selepas memenangi Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 sebentar tadi.

Pada aksi final yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, pilihan keempat kejohanan itu membenam cabaran beregu Taiwan, Nicole Chan-Yang Chu Yun menerusi kemenangan straight set 22-20, 21-11.

Kemenangan itu dianggap cukup bermakna buat Pei Kee-Mei Xing memandangkan ia merupakan kejuaraan sulung buat mereka sejak digandingkan secara tetap pada saingan Piala Uber 2024 April lalu.

Mei Xing yang cuba menahan sebak berkata, kemenangan itu membuatkan mereka merasakan usaha yang dilakukan selama ini membuahkan hasil selepas dia dan Pei Kee sering tersingkir awal dalam kejohanan terdahulu.

“Perlawanan hari ini kami berikan yang terbaik, begitu juga pemain lawan. Kemudian, kami tukar strategi di set kedua dengan melakukan lebih banyak pukulan jauh kerana melawan arah angin.

“Memang nasib kami dapat mara ke final dan fikir jangan lepaskan peluang untuk dapatkan kejuaraan. Sebelum ini sangat kecewa kerana banyak kalah awal, jadi kemenangan membuatkan usaha kami berbaloi,” katanya ketika ditemui selepas penyampaian hadiah.

Menerusi kemenangan itu, Pei Kee-Mei Xing meraih hadiah wang tunai AS$7,900 (RM34,005) berserta pingat manakala Nicole-Chu Yun berpuas hati dengan AS$3,800 (RM16,357) dan pingat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI