fbpx

Lelaki buka mulut singa dengan tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAQIB membuka mulut seekor singa. - Foto Instagram/miansaqib363

KARACHI – Satu rakaman video yang tular di platform Instagram memaparkan seorang pencipta kandungan, Mian Saqib membuka mulut seekor singa besar dengan tangannya, lapor portal berita Hindustan Times semalam.

Video itu mengundang komen meluas di internet.

Walaupun tindakan tersebut sangat berbahaya, pencipta kandungan digital itu tidak menunjukkan sebarang tanda bimbang atau takut. 

Ramai netizen memberikan komen mengkritik perbuatannya.

“Aksi ini kelihatan hebat tetapi ia  sangat berbahaya,” kata  seorang netizen

Seorang lagi netizen mempersoalkan perbuatan Saqib dengan menulis: “Rasa kasihan dengan singa.”  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI