fbpx

Martin tetap gembira naib juara GP Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIN tetap berkeyakinan tinggi mampu bergelar juara dunia musim ini biarpun tewas kepada Marquez pada GP Australia hari ini. - AFP

PHILLIP ISLAND, Australia – Pelumba Sepanyol, Jorge Martin terus mengukuhkan cengkaman dalam perebutan gelaran dunia Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) biarpun menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Australia di kedudukan dua selepas dipintas pelumba Gresini Racing, Marc Marquez.

Impian Martin untuk mencari kemenangan berganda di Phillip Island selepas menjuarai perlumbaan pecut pada Sabtu tidak kesampaian selepas dia gagal untuk mempertahankan kedudukan itu di selekoh empat dan membiarkan Marquez menjulang kemenangan di Australia.

Martin mengakui gembira dengan keputusan tersebut dan enggan mengambil terlalu risiko di penghujung perlumbaan terutama memintas Marquez kembali kerana misinya adalah untuk bergelar juara dunia.

Hasil keputusan tersebut, Martin kini di hadapan dengan kelebihan 20 mata ke atas seteru utamanya, Francesco Bagnaia yang sekadar menamatkan saingan tempat ketiga.

“Perlumbaan pada hari ini semestinya sangat sukar dan saya akui saya mempunyai kekuatan pada perlumbaan tersebut tetapi tidak sama seperti kemenangan saya ketika saingan pecut kerana angin cukup kuat.

“Saya berjaya menjarakkan kedudukan saya dengan Pecco (Bagnaia) dan saya kata hanya perlu kekal dengan strategi itu. Saya tahu Marquez di belakang saya dan dia cuba melakukan (memintas) di selekoh 4, saya tahu dia tiada sebarang risiko. Jadi saya akan bangkit perlumbaan di Thailand nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Bagnaia akur dengan keputusan podium tempat ketiga dan bersedia melakukan apa sahaja bagi mencatat keputusan terbaik dalam baki perlumbaan nanti.

“Hari ini sukar dan kita mempunyai baki perlumbaan yang saya rasakan mempunyai perasaan baik ke sana. Saya bermula dengan baik tetapi saya berdepan masalah terutama di selekoh dan hari ini Jorge (Martin) dan Marc (Marquez) mereka beraksi dengan cukup baik,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI