fbpx

EPL: Ten Hag pasti paling lega

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOJLUND meledak gol kemenangan United ketika mereka meraih kemenangan ke atas Brentford di Old Trafford kelmarin. - AFP

MANCHESTER – Kemenangan 2-1 menewaskan Brentford di Old Trafford kelmarin meredakan tekanan yang dihadapi Manchester United terutama pengendalinya, Erik Ten Hag yang berdepan spekulasi pemecatan.

Kejayaan itu hadir selepas lebih sebulan United tidak menikmati kemenangan apabila gagal meraih tiga mata dalam lima perlawanan sebelum ini sehingga menghuni kedudukan ke-14 Liga Perdana Inggeris sebelum ini.

Perlawanan tersebut menyaksikan United dikejutkan dengan jaringan pembukaan Brentford menerusi Ethan Pinnock pada masa kecederaan babak pertama sebelum Alejandro Garnacho menyamakan kedudukan dan Rasmus Hojlund meledak gol kemenangan pada babak kedua.

“Saya tidak menganggap ia adalah permulaan untuk United bangkit, ia sekadar satu kemenangan. Tekanan itu sentiasa ada dan kami perlu mula memenangi setiap perlawanan.

“Kemenangan dalam setiap perlawanan sangat penting. Anda boleh melihat semangat kebersamaan dan melawan dalam pasukan ini. Kami memiliki keinginan besar untuk menjaringkan gol dan inilah yang kami perlukan.

“Kami menjaringkan dua gol yang sangat baik dan sangat gembira untuk mendapatkan jaringan dan memenangi perlawanan ini,” katanya.

United memulakan perlawanan tersebut dengan status pasukan yang paling sedikit menjaringkan gol bersama Crystal Palace apabila hanya meledak lima gol dalam tujuh perlawanan sebelum ini.

“Pasukan ini ada kemampuan untuk menjaringkan gol, dua jaringan kali ini adalah sangat berkualiti dan pastinya ia menambah keyakinan untuk kami pada perlawanan selepas ini.

“Pada awal musim, kami bermain dengan baik, tetapi ia tidak mencukupi dan semua orang diselubungi perasaan negatif. Keputusan ini sangat membantu kami, tetapi ini baru satu kemenangan dan kami perlu terus membina keyakinan seperti ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI