fbpx

[VIDEO] Oyen tak pernah tak popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut.

PETALING JAYA – Gelagat seorang warga emas yang menyiram tanaman sambil membawa seekor kucing di dalam poket seluarnya telah mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi video berdurasi 9 saat yang dikongsi oleh pengguna TikTok, Kerepekpisangsnow, kelihatan seekor kucing berwarna oren yang duduk diam di dalam poket seluar lelaki tersebut.

Kelihatan kucing itu kaku dan langsung tidak bergerak keluar dari poket, mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat kucing tersebut.

“Mesti atuk cakap, oyen ini tanah kamu, semua kamu punya. Atuk dah letak nama kamu siap-siap, dan yang tukang rakam tu nanti jadi tukang kebun kamu,” kata MyMeera. – KOSMO! ONLINE

@kerepekpisangsnow Multi-tasking tokki , jaga cuyen ✨ #catsoftiktok #atukktiktok #cucuatuk ♬ nhạc nền – Chán…..

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI