PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Sarawak ekoran jangkaan hujan lebat dan angin kencang sehingga lewat petang ini.
MetMalaysia menerusia laporan cuaca di Facebook berkata, kawasan terlibat ialah Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau).
Di Semenanjung Malaysia, cuaca diramal baik dan cerah susulan tiada amaran cuaca buruk dikeluarkan setakat pukul 4.45 petang ini. -KOSMO! ONLINE