fbpx

‘Apa nasib anak, isteri saya?’ – Azlan Komeng berisiko lumpuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Azlan Komeng terlibat dalam kemalangan pada 12 Oktober lalu di Kuala Lipis ketika dalam perjalanan ke tapak perniagaan festival makanan.

PETALING JAYA – Mengalami kecederaan parah akibat kemalangan, pelakon Azlan Komeng berisiko lumpuh sekiranya kaki kirinya tidak menerima rawatan dengan baik.

Azlan atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran, 48, berkata, dia memerlukan masa sehingga enam bulan untuk sembuh sepenuhnya.

“Kecederaan yang saya alami akibat kemalangan tempoh hari agak teruk dan ada maklumkan mungkin boleh lumpuh jika sebulan pertama ini kecederaan tidak dirawat dan dijaga dengan baik.

“Pakar juga beritahu saya perlukan tempoh lima ke enam bulan untuk pulih semula sekali gus belum boleh bekerja. Jadi, bagaimana dengan kehidupan isteri dan anak-anak saya?,” katanya.

Menurut pelakon aksi itu, keadaannya yang hilang mata pencarian selain dimaklumkan berisiko lumpuh hampir membuatkannya patah semangat.

Namun, ketabahan serta kata-kata positif suri hidupnya itu mengubah fikirannya kepada perkara positif terutama ke arah proses pemilihan yang cepat.

“Memang perasaan saya ‘down’ sangat ketika itu kerana banyak berfikir macam mana nanti dengan masa depan isteri dan anak-anak.

“Sewa rumah, makan minum, belanja sekolah anak, semua kena fikir sedangkan saya sebagai ketua keluarga tidak dapat mencari rezeki buat masa ini.

“Harap doakan semoga urusan kami sekeluarga dilancarkan dan saya segera sembuh serta dapat keluar bekerja semula,” katanya lagi.

Ketika ini Azlan menetap di rumah keluarganya di Batu Pahat, Johor, selepas dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat.

Sebelum itu, dia dilaporkan sudah menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lipis, Pahang untuk mencantumkan semula kulit tangannya yang terkoyak.

Dalam kejadian awal pagi 12 Oktober lalu, Azlan bersama isterinya, Nur Nilam Ortiz dan anak mereka, Adam, 5, terbabit dalam kemalangan di Kuala Lipis ketika dalam perjalanan ke tapak perniagaan festival makanan yang disertai di daerah terbabit.

Selain kenderaan miliknya rosak sepenuhnya (total lost), pelakon filem Hantu Bonceng itu mengalami kecederaan parah pada tangan kanan, kedua-dua belah kaki serta tulang pinggul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI