fbpx

Ummu Atiyah tiba di Bandar Ikhwan, Batu Hampar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ummu Atiyah tiba di perkampungan GISBH atau dikenali sebagai Bandar Ikhwan, Batu Hampar pada pukul 2.38 petang, hari ini.

BERUAS – Anak sulung bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad tiba di perkampungan GISBH yang dikenali sebagai Bandar Ikhwan, Batu Hampar di sini pada pukul 2.38 petang tadi.

Ummu Atiyah tiba dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 dengan diiringi lima kenderaan lain termasuk kereta peronda polis.

Kesemua kenderaan itu memasuki perkampungan tersebut yang sebelum ini dipasang pita polis.

Seorang wanita yang memakai baju kurung berwarna kelabu dan selendang putih dipercayai Ummu Atiyah, 41, keluar dari SUV menuju ke sebuah rumah dipercayai premis yang mana dia didakwa dikurung.

Wanita itu kemudian menunjukkan kawasan sekitar perkampungan tersebut kepada pegawai polis.

Malam tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, anak sulung Ashaari Muhammad akan menunjukkan lokasi dia didakwa dikurung selama sebulan di perkampungan GISBH di Batu Hampar hari ini.

Pada sidang akhbar di ibu negara, wanita berusia 41 tahun itu mendakwa dia menjadi mangsa kepada pemimpin GISBH yang ingin menikahinya secara paksa.

Razarudin turut mengesahkan Ummu Atiyah sudah membuat laporan polis mendakwa dipaksa berkahwin dengan pemimpin GISBH di Turkiye, sebelum dibawa pulang ke negara ini dan dikurung di sebuah perkampungan di Batu Hampar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI