fbpx

Banjir: 1,430 mangsa masih terjejas di lima negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir di lima negeri mencatatkan seramai 1,430 orang setakat pukul 2 petang ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lima negeri tersebut ialah Perak, Perlis, Selangor, Pahang dan Kedah.

Di Perak, jumlah mangsa tertinggi adalah seramai 553 mangsa daripada 172 keluarga melibatkan tiga daerah iaitu Hilir Perak, Perak Tengah dan Kerian dengan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Di Perlis, daerah Kangar mencatatkan bilangan 475 mangsa daripada 162 keluarga yang ditempatkan di dua buah PPS setakat ini.

Di Selangor, seramai 160 mangsa daripada 58 keluarga berada di PPS di dua daerah iaitu Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Sebanyak tiga PPS dibuka di Sabak Bernam dan satu lagi di Kuala Selangor.

Di Temerloh, Pahang seramai 133 mangsa daripada 31 keluarga ditempatkan di satu PPS, manakala di Kedah pula seramai 109 mangsa daripada 30 keluarga masih ditempatkan di satu PPS di Bandar Baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI