fbpx

Saya hormati pandangan terhadap RUU Mufti Wilayah Persekutuan – Menteri Agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im (tengah) bercakap dengan antara peserta Seminar Adabul Ikhtilaf di Politeknik Ungku Omar (PUO) di Ipoh, hari ini.

IPOH – Setiap pandangan dihormati berkenaan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) yang akan dibentangkan dalam sidang Parlimen, kali ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, masing-masing mempunyai pandangan yang hendak disuarakan dan menyatakan beliau menghormatinya.

“Saya hormati pandangan semua orang. Masing-masing ada pandangan yang hendak disuarakan. Saya hormati,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Seminar Adabul Ikhtilaf di Politeknik Ungku Omar (PUO), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan berita kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang mengkritik RUU tersebut yang dijangka dibawa ke Parlimen untuk bacaan kali kedua dalam masa terdekat.

Dilaporkan Mohd. Asri berkata, kebanyakan besar umat Islam tidak faham berkaitan ajaran Ashairah dan Maturidiyyah yang ingin dijadikan sebagai identiti Ahli Sunnah wal Jamaah.

Tambah beliau, RUU itu akan dibentangkan dalam sidang Parlimen kali ini jika tiada apa-apa aral.

Semasa menghadiri seminar yang diadakan di PUO, Menteri itu juga berkata perbezaan pandangan dalam masyarakat Islam perlu diuruskan dengan baik supaya tidak memecahbelahkan umat.

Katanya, menguruskan perbezaan pandangan merangkumi dari segi elak menggunakan perkataan yang tidak menjatuhkan maruah dan memfitnah orang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI