fbpx

Tak sempat naik bas, 4 PATI Myanmar kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat PATI warganegara Myanmar yang dicekup di Stesen Bas Tasek Raja, Pasir Mas, semalam. Foto IHSAN PGA

PASIR MAS – Hajat empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar keluar dari Kelantan selepas memasuki negara ini secara haram tidak kesampaian selepas mereka dicekup Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika menunggu bas di Stesen Bas Tasek Raja, di sini semalam.

Keempat-empat lelaki itu ditahan semasa anggota PGA menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan kira-kira pukul 11.30 malam.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, anggota bertugas menahan semua mereka di sebuah premis kosong di stesen bas tersebut.

Keempat-empat lelaki itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Mereka dipercayai masuk ke negara ini secara haram melalui Thailand. Semua suspek diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit sah untuk berada di negara ini.

Tambahnya, PGA akan terus memperketat kawalan dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di sempadan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI