fbpx

Takut punya pasal, sanggup tinggal 2 tan beras Siam tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta Proton Waja yang ditahan membawa sebanyak 800 kg beras Siam di Kampung Jias, Beta Hulu dekat Kota Bharu, semalam. Foto IHSAN PGA

KOTA BHARU – Dua lelaki lari meninggalkan kenderaan yang membawa sebanyak dua tan beras Siam bernilai RM8,000 selepas kegiatan mereka dihidu anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) di daerah ini dan Pasir Mas semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, rampasan pertama dilakukan di Kampung Jias, Beta Hulu di sini kira-kira pukul 9 pagi selepas menahan kereta jenis Proton Waja.

Menurutnya, kereta tersebut ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan mencurigakan sewaktu anggota PGA menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.

“Seorang lelaki keluar dan meninggalkan keretanya di tepi jalan. Pemeriksaan di dalam kereta menemukan 800 kilogram (kg) beras bernilai RM3,200 dipercayai diseludup dari Thailand,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, rampasan kedua dijalankan semasa anggota Batalion 8 PGA menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan di tepi jalan Kampung Banggol Chica, Pasir Mas kira-kira pukul 9.30 pagi.

Sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Pajero ditahan di lokasi tersebut sebelum seorang lelaki keluar meninggalkan kenderaannya.

“Pemeriksaan di dalam trak pikap itu menjumpai sebanyak 1,200 kg beras yang dipercayai diseludup dari Thailand.

“Beras-beras tersebut dianggarkan bernilai RM4,800 dan keseluruhan rampasan termasuk trak pikap adalah sebanyak RM30,000,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, kesemua rampasan diserahkan kepada kompeni taktikal Jeram Perdah, Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI