fbpx

Fattah Amin dipuji tak pernah promosi vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fattah Amin.

PETALING JAYA – Pelakon lelaki popular, Fattah Amin antara selebriti yang mendapat pujian ramai apabila tidak pernah terlibat dalam mempromosikan mana-mana produk vape.

Dalam satu perkongsian di Facebook Public Health Malaysia (PHM), terdapat beberapa selebriti yang menolak tawaran lumayan daripada syarikat vape bagi tujuan tersebut.

Menurutnya, selain Fattah Amin, Fahrin Ahmad, Hun Haqeem dan Kamal Adli juga adalah antara selebriti yang tidak pernah mempromosikan produk vape.

“Sikap selebriti itu dipuji kerana menolak tawaran bernilai ratusan ribu ringgit bukanlah keputusan mudah, namun mereka tetap berpegang pada prinsip dan tanggungjawab sebagai ikon masyarakat.

“Tindakan ini mencerminkan kesedaran mereka terhadap tanggungjawab besar dalam membentuk masa depan lebih sihat untuk masyarakat. Keputusan ini wajar dihargai, dan diharap lebih ramai selebriti mengikut jejak langkah sama,” lapor PHM.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap pendirian selebriti yang enggan terlibat mempromosi produk berpotensi membahayakan kesihatan.

“Idaman setiap wanita adalah pasangan yang tidak merokok. Arwah ayah saya pun tidak pernah merokok, apatah lagi menggunakan vape,” tulis Rogayah Mokti.

“Susah nak jumpa lelaki seperti ini. Alhamdulillah, masih ada,” tambah Ctizz Nazatul Akma. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI