fbpx

80 peratus celik digital – Malaysia ditangga 33 dunia paling inovatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIRUDIN (kiri) mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib (tiga dari kiri) merasmikan Program Jelajah Saya Digital (JSD) @ Kuantan di Kuantan, hari ini.

KUANTAN – Malaysia berada di landasan tepat dalam penguasaan digital apabila kadar literasi digital rakyat Malaysia terus menunjukkan trend peningkatan dengan kira-kira 80 peratus rakyat negara ini celik digital.

Ketua Perkhidmatan Korporat Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Amirudin Abdul Shukor berkata, sehubungan itu Malaysia turut menjadi berada di tangga 33 dunia dari segi kedudukan global inovatif pada tahun ini sekali gus menunjukkan penguasaan masyarakat negara ini dalam dunia digital.

“Kedudukan inovatif memang sudah rasmi tahun lalu, salah satu daripada parameter untuk kita dapat ‘ranking’ nombor 33 itu salah satunya ialah celik digital.

“Jadi pada masa ini belum lagi (100 peratus celik digital) lagi tetapi kita bergerak sekurang-kurangnya 80 peratus itu sudah cantik sebenarnya sebagai sebuah negara membangun,”katanya dalam sidang akhbar pada program Jelajah Saya Digital (JSD) @ Kuantan, di sini hari ini.

Menurut Amirudin perkembangan teknologi maklumat terus berkembang pesat di negara ini apabila golongan kanak-kanak dilihat mampu menguasai teknologi digital dengan baik.

Beliau memberitahu, berdasarkan maklumat pada masa ini mendapati pengetahuan tentang teknologi di bandar adalah lebih sedikit berbanding kawasan luar bandar di negara ini.

Justeru katanya, MDEC akan memastikan tiada rakyat Malaysia sama ada di bandar atau luar bandar akan ketinggalan dalam arus teknologi digital.

“Jadi kita kena juga bekerjasama dengan kerajaan negeri, sekurang-kurangnya mereka dapat ‘connectivity’ (keterhubungan digital), jadi mereka boleh melakukan urusan secara digital.

“Kita juga perlukan sokongan daripada semua, sama ada pihak pembekal internet untuk bantu kita mendapat capaian telekomunikasi di seluruh Malaysia supaya sekurangnya kita dapat capai 80 peratus pencapaian ‘connectivity’,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, sejak program JSD diperkenalkan empat tahun lalu, jumlah penyertaan secara keseluruhan telah merekodkan sebanyak 53,786 peserta dengan seramai 2,631 peserta adalah dari Pahang.

Katanya, pada tahun ini MDEC mensasarkan seramai 40,000 peserta akan menyertai program JSD di 31 lokasi seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI