fbpx

Seorang maut nahas di NPE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.40 pagi tadi. Foto oleh JBPM

KUALA LUMPUR – Seorang maut manakala seorang lagi lelaki tempatan cedera ringan dalam nahas sebelum kereta dinaiki terbakar di Kilometer 14.9 di Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) menghala Pantai Dalam, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.28 pagi.

Katanya, seramai sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh dikejarkan ke lokasi.

“Menurut Komander Operasi PBK II Sohirol Rizal Madon, sebuah kereta jenis Toyota Vios musnah sepenuhnya dan kebakaran berpunca daripada kemalangan jalan raya.

“Pemandu kereta disahkan meninggal dunia (umur belum dikenal pasti) kerana kemalangan manakala penumpang berusia 24 tahun mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ujarnya, mayat pemandu diserahkan kepada polis manakala penumpang yang cedera ringan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.40 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI