fbpx

EPL: Man United kembali ukir senyuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG United, Rasmus Hojlund (tiga dari kiri) meraikan jaringannya untuk memastikan kemenangan 2-1 ke atas Brentford di Old Trafford, sebentar tadi. - AFP

MANCHESTER – Jaringan Rasmus Hojlund memastikan Manchester United kembali merasai nikmat kemenangan selepas menewaskan Brentford 2-1 pada aksi di Old Trafford, sebentar tadi.

Ini adalah kemenangan pertama Red Devils dalam tempoh lebih sebulan dimana kali terakhir mereka catatkan kemenangan di Liga Perdana Inggeris adalah pada 14 September lalu dengan menundukkan Southampton 3-0.

Terdahulu, bintang dari Argentina, Alejandro Garnacho berpeluang untuk meletakkan United di depan namun percubaannya pada minit ke-26 berjaya disekat oleh penjaga gol lawan, Mark Flekken.

Ketika aksi babak pertama hampir berakhir tanpa jaringan, Ethan Pinnock menghadirkan kegembiraan apabila meledak gol pembukaan perlawanan pada masa kecederaan.

Bagaimanapun, selepas aksi bersambung, United hanya memerlukan dua minit untuk menyamakan kedudukan menerusi Garnacho dan penyokong tuan rumah makin lega apabila Hojlund meledak gol kedua pada minit ke-62.

Sementara itu dalam aksi lebih awal menyaksikan Tottenham Hotspur meraih kemenangan selesa 4-1 ke atas West Ham United. – KOSMO! ONLINE

KEPUTUSAN PENUH

Tottenham Hotspur 4-1 West Ham United
Fulham 1-3 Aston Villa
Manchester United 2-1 Brentford
Newcastle United 0-1 Brighton
Southampton 2-3 Leicester City
Ipswick Town 0-2 Everton

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI