fbpx

TFC tewas kepada pasukan tidak bergaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIQ Ahmad mengawal bola daripada dirampas pemain TFC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

ALOR SETAR – Tunggakan gaji yang mencecah tujuh bulan tidak menghalang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk mencatat kemenangan 1-0 ke atas Terengganu FC (TFC) apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Meskipun perlawanan berlangsung rancak, percubaan merbahaya pertama dalam perlawanan itu hanya hadir pada minit ke-25 menerusi penyerang import Terengganu, Ismaheel Akinade.

Pemain pertahanan import KDA FC dari Brazil, Cleylton Santos bagaimanapun berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi tandukan setelah menerima bola hasil sepakan percuma dilakukan kapten pasukannya, Sony Norde.

Pasukan pelawat berusaha mengancam kubu tuan rumah menerusi beberapa gerakan merbahaya, namun percubaan demi percubaan yang dilakukan gagal membuahkan hasil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI