fbpx

Malaysia tewas 2-3 kepada New Zealand perlawanan pertama SOJC 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Malaysia Muhammad Addy Jamlus melarikan bola sambil cuba dikejar pemain New Zealand Luka Clark pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor di Stadium Johor Bahru, Taman Daya hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Misi skuad hoki remaja kebangsaan untuk memulakan kempen Piala Sultan Johor (SOJC) 2024 dengan kemenangan tidak berjaya, sebaliknya tewas 2-3 menentang New Zealand.

Pasukan pelawat tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan jaringan pembukaan apabila diberikan pukulan sudut penalti yang berjaya disempurnakan Jonty Elmes menjadikan kedudukan 1-0 buat New Zealand.

Skuad Young Tigers dihadiahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-16 dan peluang itu tidak disia-siakan Harris Osman apabila pukulannya berjaya menewaskan penjaga gol New Zealand, Matthew Ruetsch.

Elmes berjaya menggandakan jaringan buat New Zealand apabila menyempurnakan pukulan penalti pada minit ke-48 sebelum Skuad Young Tigers menyamakan kedudukan pada minit ke-55 menerusi jaringan padang oleh Adam Ashraf.

Gus Nelson berjaya mendapatkan jaringan ketiga New Zealand menjadikan kedudukan 3-2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI