fbpx

Ahli perniagaan dilepaskan penculik selepas bayar tebusan RM20 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Polis Johor mengesahkan telah menerima laporan berkaitan seorang lelaki warga tempatan dilarikan oleh beberapa individu dengan sebuah kereta.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku pada pukul 7.20 malam Ahad lalu.

Bagaimanapun katanya, kejadian berkenaan dilaporkan sejurus mangsa dilepaskan pada hari yang sama.

“Ketika ini, pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung perkara ini. Orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tanpa kesahihannya,” katanya.

Memetik laporan akhbar berbahasa Cina, seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan dilaporkan diculik di hadapan rumahnya ketika menunggu kenderaan e-hailing untuk ke lapangan terbang.

Difahamkan, penculik meminta wang tebusan berjumlah RM30 juta bagi melepaskan lelaki terbabit.

Bagaimanapun, rakannya dikatakan telah memberikan RM20 juta dan lelaki berkenaan dibebaskan dalam keadaan selamat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI