fbpx

‘Tengok-tengok harimau dahan dalam reban ayam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor harimau dahan ditemui dalam reban ayam di sebuah rumah di Kampung Gulau, Sik awal pagi ini.

SIK – Bunyi bising dalam reban ayam di belakang sebuah rumah di Kampung Gulau di sini membongkar kehadiran seekor harimau dahan yang dipercayai ‘membaham’ ayam-ayam peliharaan penduduk.

Seorang penduduk, Habsah Taih, 54, berkata, dia yang ba­ngun untuk solat subuh pada pukul 5.50 pagi tiba-tiba terdengar bunyi riuh ayam-ayam peliharaannya yang diletakkan dalam reban kira-kira 70 meter dari rumah.

“Saya terkejut mendengar bunyi ayam yang agak pelik dari reban, Suami capai lampu suluh, parang serta sebatang besi dan keluar ke belakang rumah sebelum menjerit memanggil saya apabila mendapati seekor harimau dahan dalam reban,” katanya di sini hari ini.

Habsah berkata, dia kini bimbang mengenai keselamatan keluarganya memandangkan ada lagi harimau dahan yang sedang berkeliaran berdekatan kampung mereka.

“Ini pertama kali ayam peliharaan saya diserang harimau dahan. Sembilan ekor daripada 15 ekor ayam kami mati. Mungkin kehadiran harimau dahan ini ada kena mengena dengan kehilangan ayam-ayam penduduk kampung,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam, Lt. (PA) Haisul Aishah Mohd. Napiah berkata, pihaknya mengambil mengambil masa 15 minit untuk menangkap haiwan ber­kenaan yang agresif sebelum diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI