fbpx

Anak Abuya tunjuk lokasi dikurung esok -KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin.

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad, Ummu Atiyah akan menunjukkan semula lokasi yang didakwa dikurung pengikut GISB Holding Sdn Bhd (GISBH) di Batu Hampar, Perak, esok.

Tindakan tersebut diambil bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana kurungan salah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, wanita berusia 41 tahun itu sudah membuat laporan polis mendakwa dirinya dipaksa berkahwin dengan salah seorang pemimpin GISBH di Turkiye.

Katanya, mangsa kemudian dibawa pulang ke negara ini dan dikurung di sebuah perkampungan GISBH di Batu Hampar, Perak.

“Mangsa memaklumkan perkampungan terbabit dihuni oleh ramai remaja dan orang dewasa dalam linkungan usia 13 dan ke atas.

“Dia mendakwa dikurung dalam sebuah bilik rumah setingkat kira-kira sebulan serta tidak diberi kemudahan menggunakan telefon bimbit oleh empat lelaki yang juga pengikut GISBH,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kata Razarudin, mangsa ada menyatakan beberapa kali cuba untuk melarikan diri dari perkampungan kerana tidak tahan perbuatan pengikut GISBH yang kurungnya dan memisahkan dengan anaknya.

“Bagaimanapun, usahanya gagal selepas ditangkap oleh penghuni lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, mangsa pernah mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Taiping sekitar tahun 2018 dan kini sedang mengambil ubat di Hospital Melaka.

“Laporan dan keterangan perubatannya sedang dalam proses diperolehi.

“Kita (polis) juga sedang mengesan empat lelaki yang terbabit mengurung mangsa bagi membantu siasatan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI