fbpx

Belanjawan 2025: Kementerian Perpaduan Negara tumpu tiga fokus utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aaron Ago

PUTRAJAYA – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan memberi tumpuan kepada tiga fokus utama menerusi peruntukan Belanjawan 2025.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, fokus berkenaan adalah pemerkasaan Kawasan Rukun Tetangga Progresif, Eksplorasi Rukun Negara dan Inisiatif Harmoni Madani.

Katanya, KPN akan terus memperkasa hala tuju perpaduan negara melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif serta program yang dapat melestarikan perpaduan rakyat di samping memupuk keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa.

Jelas Aaron Ago, KPN telah diberi peruntukan sebanyak RM711.34 juta iaitu RM587.35 juta adalah Perbelanjaan Mengurus dan RM123.99 juta adalah Perbelanjaan Pembangunan.

“Peruntukan ini meningkat sebanyak lebih 11.88 peratus berbanding tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yakin dan percaya pembentangan belanjawan itu selari dengan hasrat Rancangan Malaysia ke-12 yang menyasarkan Indeks Perpaduan Nasional
sebanyak 0.7 peratus pada tahun 2025.

“Pelaksanaan pelbagai program amat penting bagi mewujudkan tapak integrasi yang mampu meningkatkan interaksi antara rakyat pelbagai bangsa dan agama,” ujarnya.

Pada pembentangan Belanjawan 2025 semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa inisiatif kepada KPN antaranya pelaksanaan program Perpaduan, Integrasi Nasional dan Keharmonian bagi memupuk semangat perpaduan serta jati diri dengan peruntukan RM50 juta.

Sebanyak RM20 juta diperuntukkan bagi memperkasa peranan Kawasan Rukun Tetangga sebagai penghubung jalin dalam komuniti.

Manakala, RM15 juta bagi pendigitalan bahan-bahan khazanah warisan negara dalam usaha memperkasa pendigitalan penyampaian perkhidmatan awam dan RM10 juta untuk pembaikan dan penyelenggaran premis perpaduan dalam meningkatkan perkhidmatan awam kepada rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI