fbpx

TNB tutup 140 pencawang di 4 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup 140 pencawang elektrik di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor setakat jam 4 petang hari ini membabitkan 3,978 pengguna berikutan banjir yang berlaku.

TNB berkata, 118 pencawang ditutup di Pahang melibatkan daerah Temerloh, Jengka, Maran, Jerantut, Kuala Lipis dan Bera dengan 2,607 pengguna terjejas, manakala 19 pencawang elektrik mendapat bekalan melalui set janakuasa bergerak.

“Situasi banjir yang semakin reda di Johor memerlukan TNB untuk menutup dua pencawang di daerah Mersing melibatkan 50 pengguna.

Sebanyak dua pencawang di Johor masih mendapat bekalan menerusi set janakuasa bergerak, manakala satu pusat pemindahan banjir menerima bekalan melalui set janakuasa bergerak.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Manakala di Terengganu, paras air yang mula meningkat memerlukan TNB untuk menutup 14 pencawang di daerah Kemaman dan Bandar Al Muktafi Billah Shah dekat Dungun, membabitkan 989 pengguna.

“TNB juga menutup enam pencawang elektrik di Kelantan susulan paras air banjir yang meningkat. Kawasan yang terlibat ialah Tanah Merah, Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai membabitkan 332 penguna,” tambahnya.

TNB mengambil langkah itu demi keselamatan pengguna selain berusaha memulihkan bekalan dengan mengambil kira aspek keselamatan pengguna dan pekerja TNB.

“Bagi memastikan pengurusan banjir yang berkesan, TNB telah mengaktifkan bilik gerakan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor untuk tujuan pemantauan selain bagi menyampaikan maklumat berkaitan bekalan.

“Pengguna di kawasan banjir dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta berpindah dan menghubungi TNB Careline di talian 15454 jika ada pepasangan TNB yang beralih atau tumbang,” ujarnya.

Dalam pada itu, TNB menasihati orang ramai agar berhati-hati ketika menggunakan peralatan elektrik jika premis mereka dinaiki air.

“Elakkan menyentuh alat elektrik atau suis dengan tangan yang basah dan lembap kerana ia boleh menyebabkan renjatan elektrik,” jelas TNB. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI