fbpx

Manggis buah terbaik, bukan Musang King

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 8 Julai 2020 menunjukkan durian Musang King di Kuala Lumpur. – AFP

HANOI – Walaupun Musang King adalah varieti durian yang terkenal di Malaysia, ia menduduki tempat kelapan dalam senarai 10 buah-buahan dinilai terbaik di negara berkenaan, demikian menurut majalah antarabangsa,  TasteAtlas seperti laporan laman berita VN Express semalam.

Buah yang menduduki tempat teratas ialah manggis diikuti rambutan dan pulasan.

TasteAtlas menyifatkan Musang King sebagai ‘salah satu varieti durian terbaik, sangat dicari kerana tekstur yang kaya, berkrim dan rasanya yang menonjol.

Terkenal kerana kombinasi rasa pahit dan manis, Musang King ialah varieti durian paling popular di Malaysia. Ia mempunyai isi seperti mentega dan  tebal.

Durian Musang King lazimnya dituai semasa musim barat daya di  Malaysia dari Jun hingga Ogos.

Pokok durian ditanam terutamanya di negara iklim tropika seperti Vietnam, Thailand, Indonesia, dan Malaysia. Buahnya memiliki keunikan tersendiri kerana saiz  yang besar, bau yang kuat, dan kulit berduri. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI