fbpx

Menggodanya tarian penari gelek berwajah Aeril Zafrel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO seorang penari gelek berwajah persis Aeril Zafrel tular dalam media sosial baru-baru ini.

MINGGU lalu tular sebuah video menunjukkan seorang lelaki menggayakan pakaian penari gelek mempamerkan aksi menari dengan gaya yang menggoda.

Video tarian itu berjaya menghiburkan warga maya, termasuk sebahagian mereka berteka-teki mengenai identiti lelaki terbabit.

Mempamerkan aksi tarian ‘luar biasa’ dan menampakkan bahagian tubuh badan yang sasa mempunyai penonton bersorak. Penari itu turut kelihatan teruja dan gembira menunjukkan tarian erotik seperti di atas pentas.

Apa yang menarik perhatian, wajah penari itu saling tidak tumpah seperti pelakon popular tanah air iaitu Aeril Zafrel. Lebih mengejutkan bentuk muka, mata dan gaya senyuman juga kelihatan sama dengan aktor terbabit, macam kembar pula!

Malah golongan netizen turut berjenaka mengatakan Aeril sebenarnya seorang penari gelek selain berlakon dan bergelar usahawan.

Tidak hanya itu, Aeril juga sempat meninggalkan komen dalam aplikasi Threads dan mengatakan video tersebut merupakan suntingan menggunakan kecerdasan buatan atau AI.

Tak mengapalah Aeril, AI atau bukan, yang pasti rata-rata netizen terhibur dengan video tarian tersebut. Janganlah serius sangat.

Diva: Ramai pelakon lelaki sekarang yang suka tayang badan dalam media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI