fbpx

F1: Verstappen masih kekal protes FIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN enggan menyertai sesi media bersama FIA sebagai tanda protes hukuman yang dikenakan terhadapnya. - AFP

TEXAS – Pemandu sensasi Red Bull, Max Verstappen terus menjadi tumpuan apabila meneruskan pendiriannya untuk memboikot sesi media Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) pada Grand Prix Amerika Syarikat di Austin hujung minggu ini.

Pemandu Belanda itu masih belum melaksanakan perkhidmatan komuniti yang dikenakan oleh FIA sebagai hukuman atas kata-kata kesat yang diucapkannya semasa sidang media di Singapura yang mendapat kecaman daripada pesaing, peminat dan penganalisis.

Isu tersebut telah merenggangkan hubungan Verstappen dengan FIA sekali gus menyebabkan pemandu berusia 27 tahun itu lebih memilih untuk mengadakan sidang media secara peribadi.

Kenyataan terbaru Verstappen mengenai isu itu menarik perhatian ramai, terutama apabila dia meminta Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem menghubunginya untuk menyelesaikan pertelingkahan tersebut, namun sehingga kini tiada maklum balas diterima.

“Saya belum mendengar apa-apa daripada FIA, jadi ia tidak mengubah apa-apa buat masa ini. Dalam situasi ini, saya memilih untuk kurang bercakap. Itu tidak menjadi masalah bagi saya,” jelas Verstappen.

Menurut Verstappen, reaksi berlebihan badan pentadbir itu sebenarnya telah menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan peminat sukan tersebut.

“Sudah tentu, saya faham anda tidak boleh bercakap kasar, tetapi apa yang saya katakan tidaklah begitu serius. Malah, semasa saya berumur lima tahun, saya tidak pernah menonton sidang media pun. Di sekolah, kita mendengar perkara yang lebih teruk daripada itu, dan itulah realiti kehidupan,” tambahnya lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN