fbpx

EPL: Isu kecederaan mula resahkan Slot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELLEHER menjadi harapan Liverpool untuk beberapa perlawanan akan datang selepas mereka kehilangan Alisson yang mengalami kecederaan. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot mendedahkan bahawa pasukannya mula berdepan krisis kecederaan selepas beberapa pemain dijangka tidak dapat beraksi menentang Chelsea di Anfield malam ini.

Liverpool ketika ini muncul pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meraih enam kemenangan dalam tujuh perlawanan dan hanya tewas sekali ketika berdepan Nottingham Forest sebelum ini.

Kunci utama kejayaan Slot dalam kerjaya awal bersama The Reds adalah persembahan baik ditunjukkan oleh barisan pemain pertahanan apabila mereka hanya bolos dua kali dan menjadi pasukan paling sikit untuk gawang mereka dibocori dalam saingan EPL setakat ini.

Bagaimanapun, harapan mereka untuk menyaksikan gawang mereka terus kebal berdepan sedikit masalah ketika penjaga gol, Alisson Becker mengalami kecederaan hamstring ketika menentang Crystal Palace sebelum ini.

“Alisson sah tidak akan bersama kami untuk tempoh beberapa minggu akan datang dan itu merupakan perkara yang tidak baik buat kami kerana dia berjaya memberikan aksi yang cemerlang sejak beberapa tahun lalu.

“Namun, Caoimhin Kelleher juga berada pada prestasi yang sama, jadi ia menjadi berita yang bagus buat kami. Saya berdepan isu yang sama di Feyenoord, namun ini adalah peluang terbaik untuk penjaga gol kedua kami membuktikan kemampuan,” katanya.

Slot turut mendedahkan mengenai keraguan terhadap tahap kecergasan tiga lagi pemainya termasuk bintang Argentina, Alexis MacAllister yang berjaya mempamerkan aksi cemerlang pada permulaan musim ini.

“Kami berdepan isu kecederaan lain, namun pemantauan lanjut akan dilakukan sebelum memutuskan sama ada mereka layak untuk diturunkan. MacAllister tidak berada dalam keadaan sempurna ketika ini.

“Kostas Tsimikas tidak beraksi bersama Greece ketika menentang England sebelum ini, manakala (Wataru) Endo juga dilapor berdepan masalah kesihatan ketika ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI