fbpx

KKR lulus RM2.5 juta bantu penyuaraian trafik Tapah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD (empat dari kiri) semasa meninjau penyuraian baru aliran trafik satu hala di Tapah hari ini.

TAPAH – Kementerian Kerja Raya (KKR) meluluskan peruntukan RM2.5 juta bagi membantu masalah penyuraian aliran trafik satu hala di laluan utama trafik daerah ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia akan disalurkan menggunakan sebahagian peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) atau menerusi lebihan projek lain.

“Dalam jangka masa pendek ini telah dipersetujui semua pihak terhadap kaedah-kaedah yang akan dilaksanakan sama ada ingin menggunakan lampu isyarat pintar atau mematikan lampu isyarat.

“Pembaikan juga perlu dilakukan untuk mengubah bongkah-bongkah konkrit yang ada di laluan itu dengan lebih sistematik,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja meninjau penyuaraian trafik di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan berkata, pihaknya turut menerima cadangan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak bagi membina jambatan dan laluan pintasan sepanjang 200 meter di pekan Tapah dengan kos RM17 juta.

“Perolehan membabitkan fasa jangka panjang itu perlu dinilai semula kerana kosnya terlalu tinggi dan turut melibatkan pengambilan balik tanah serta pengalihan utiliti.

“Laluan 200 meter dengan RM17 juta, itu pada saya tinggi. Saya dah minta JKR untuk lihat dan kira semula. Ia perlu melalui proses value management (pengurusan nilai) dan value engineering (nilai kejuruteraan), barulah kita dapat kos yang betul-betul tepat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI