fbpx

Pendakwah perlu cakna isu GISBH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz (tengah) ketika melancarkan Peraturan-Peraturan Tauliah bagi Pengajaran Agama Islam di Shah Alam hari ini. FOTO AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Pendakwah khususnya pemegang tauliah mengajar di Selangor perlu cakna terhadap isu GISB Holding (GISBH) termasuk menyampaikan tindakan yang dilakukan pihak berkuasa dalam menangani isu tersebut.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, peranan pendakwah amatlah diharapkan agar dapat bersama dengan MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam menyampaikan ilmu berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Katanya, kenyataan dikeluarkan oleh MAIS dan JAIS adalah merupakan tindakan tegas terhadap golongan GISBH seperti yang dititahkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Bukan hanya menuding jari kepada pihak MAIS dan JAIS untuk tindakan yang perlu dilaksanakan.

“Kini, pihak MAIS dan JAIS sedang berusaha keras dengan agensi – agensi yang terlibat untuk proses pemulihan kepada kanak -kanak dan pengikut GISBH yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika merasmikan ijtima pemegang tauliah mengajar negeri Selangor dan melancarkan Peraturan-Peraturan Tauliah bagi Pengajaran Agama Islam di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Abdul Aziz menjelaskan, MAIS telah memperakui seramai 5,700 Penceramah Bertauliah Negeri Selangor (PBNS) setakat ini.

Justeru, kata beliau, mereka sebagai barisan hadapan perlu memberi respon isu-isu melibatkan kepentingan Islam supaya tidak menimbulkan polemik dalam masyarakat.

Dalam pada itu, Abdul Aziz menjelaskan pihaknya sentiasa memantau lebih 40 ajaran sesat termasuk sebarang cubaan ajaran agama berkenaan menerusi media sosial. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN