fbpx

Skandal konsesi perlombongan pasir: Lebih banyak premis bakal digeledah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam

KUALA NERUS – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan akan melakukan serbuan baharu bagi membantu siasatan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) berhubung dakwaan penyelewengan konsesi perlombongan pasir.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini, sebanyak sembilan premis telah digeledah melibatkan pembekuan aset bernilai jutaan ringgit.

“Saya tidak menolak kemungkinan (serbuan baharu) untuk mendapatkan bukti-bukti.

“Kita geledah mana-mana tempat yang mempunyai barang bukti,” katanya selepas menyempurnakan majlis Tamat Latihan dan Pentauliahan Pengawai Integriti Muda (YIO) melibatkan 39 Kadet Kor Sukarelawan Mahasiswa Anti Rasuah (Kor Suar)di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini.

Azam berkata, siasatan berhubung kes dakwaan penyelewengan konsesi pasir terbabit masih berjalan dengan setakat ini hampir 20 projek telah disiasat.

Tambah beliau, siasatan sama telah memanggil lebih 20 saksi bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan sama, Azam memberitahu, siasatan akan terus dilengkapkan sebelum ahli politik berpengaruh yang dikaitkan dengan penggeledahan ‘safehouse’ disyaki menjadi lokasi penyimpanan wang berkait kes tersebut dipanggil mengikut keperluan.

Kosmo! 17 Oktober lalu melaporkan sejumlah wang tunai RM600,000 ditemukan SPRM di sebuah premis dipercayai mempunyai kaitan dengan ahli politik berpengaruh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI